Semua kajian kes
Agensi kerajaan negeri
Invest PKNP
Portal pelaburan moden dan mesra telefon untuk One-Stop-Agency PKNP, menggantikan laman web yang tidak dikemas kini lebih lima tahun.
- Klien
- Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
- Website
- investpknp.gov.my

01
Cabaran
- Laman web pelaburan tidak dikemas kini dengan ketara lebih lima tahun, menyebabkan Pahang nampak kurang aktif berbanding negeri lain.
- Susun atur tidak responsif dan halaman perlahan, sedangkan kebanyakan pelabur mula membuat kajian di telefon.
- Laman web berfungsi seperti brosur statik, tanpa laluan jelas untuk pelabur mencari sektor, insentif atau pegawai yang betul.
02
Apa yang kami buat
- Projek 3 bulan bermula dengan Kajian Keperluan Bisnes (BRS) untuk memahami keperluan pelabur.
- Sitemap dan wireframe dibina ikut perjalanan pelabur, diikuti reka bentuk UI dan prototaip.
- Kandungan dwibahasa, latihan ICT untuk staf, dan perjanjian Web Care 24 bulan untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal.
03
Hasilnya
- Portal pelaburan responsif yang menampilkan Pahang sebagai negeri yang bersedia untuk bisnes.
- Seruan tindakan yang jelas membawa pelabur terus kepada team One-Stop-Agency.
- Team dalaman terlatih untuk kemas kini kandungan, dengan Web Care 24 bulan untuk kemas kini, backup dan sokongan.
Professional web design service. Our new website has increased leads significantly.
En. Lizam
ICT Team, PKNP
Paparan projek





Hasil kerja berkaitan

Persatuan penduduk
SpringVale Residences
Satu rumah digital untuk persatuan penduduk: laman web rasmi, marketplace komuniti, dan sistem AJK untuk dokumen, surat berita, laporan penduduk dan pemantauan yuran.
Laman Web KorporatAutomasi AI
Baca kajian kes
Persatuan industri
REHDA Selangor
Web Care bulanan untuk laman web rasmi REHDA Selangor: laman WordPress yang sarat kandungan untuk pemaju hartanah, dikemas kini, di-backup dan dijaga keselamatannya setiap bulan.
Web Care
Baca kajian kesJom bekerjasama
Ceritakan tentang bisnes anda
Tiga soalan ringkas, kemudian kami balas di WhatsApp dalam satu hari bekerja dengan masa untuk Sesi Discovery anda.